Buat Si Gadis Yang Meningkat Remaja….

January 29, 2010 at 16:54 (:::: iSLaM iS My WaY ::::)

Anis ada terbaca artikel dlm i luv Islam…

artikel sungguh menarik dan terfikir utk share…

ni mayb lebih kpd cerpen… :)

www.iLuvislam.com 

by: ratu_imtihan

    Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

    Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

    Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu”.

    Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?” Lalu saya menjawab sambil lewa, “kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.

    Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

 

 

    Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

    Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

    Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

 

    Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa : apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.

    Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.

Jadi, ambil yg keroh, tinggalkan yg jernih….

semua sedia maklum keadaan masyarakat Islam sekarang…

jd, marilah sama2 menegur antara satu sama lain…. :)

bye… adios…. salam….. :)

Permalink Leave a Comment

Renungkanlah Hawa

January 24, 2010 at 16:16 (:::: iSLaM iS My WaY ::::)

Salam….
Anis ada bc 1 artikel td…..
sgt menarik…. kite sbg sesama Islam n sesama Insan haruslah saling mengingatkan..
manusia sering lupa dan alpa….
anis juga tidak terkecuali….
itulah gunanya hubungan, untuk mengingatkan dan diingatkan ketika alpa…
apa gunanya sahabat jika xboleh menegur temannya yg lain?
bukankah itu salah satu ‘rukun’ dalam perhubungan?
ok, anis hanya copy n paste artikel ni dr i luv Islam….
so, bc lah k… :)
By,
www.iluvislam.com

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
-THE END-

so, hayatilah teman2….
ambil yg baik, tinggalkan yg buruk….
tu sj yg anis dpt kongsi kali ni…
thanx n bye…
salam…..
:: ingatkan lah anis juga kerana kita adalah TEMAN…. ::

Permalink 5 Comments

cyber bosan!

January 24, 2010 at 15:54 (:::: PeRsOnAL LiFe ::::)

salam….

i hate cyber… uhuhu… boring kat sini…

seriously… boring sbb bz… no time for myself… (ye ker?)

kan best klo kat umah… hurm~~

ok, ape anis wat weekend ari tuh?

blk jumaat ari tuh, trus g McD, sundae chocolate!!

actually, teman mak mkn bubur ayam… so, serampang dua mata la… :)

seperti yg dijanjikan, soknye, teman mak g wat colonoscopy n OGDS….

nsb bek doc ckp xde pape…

cuma gastric… Alhamdulillah….

lame gak dok hospital,…. dr pg smpai ptg….

borak2, tido, tgk cite hindustan….

blk ptgnye, g restoran atta… tlg basuh mangkuk… ahaks!

bukan ape, kesian tgk atta, kedai xcukup pekerja….

xpe r, skali skala tlg… mak siap ckp lg….

” pembasuh pinggan mangkuk kite pada hari ini diimport dr Cyberjaya dan KL…. “

hahaha…. sbb, yg basuh mangkuknye, anis n adik anis… hehehe…

mlm tuh, tgk cite High School Musical jap….

kejap je, sbb tetiba nenek dtg n nak tgk cite Tamil…

xpe la wahai nenekku, anis bg chance! hehehe….

tp nsb bek cite Tamil tu best… layan r gak.. :)

sementara tuh, kteorg wat karipap…. sesaje, da lame xwat kuih ramai2…

best gak, men2 tepung, hehehe…

mcm2 bentuk ade, ye la, acuan karipap ade satu je…. yg len, yg terlebih rajin tuh, wat kelim…

so, kelimnye tu mcm2 btk… hehehe… imagine la sendri ye…. :)

mlm tu tido awl sbb ngantok sgt!

tetiba da hari ahad…

 bgn2 je, tgk da tersedia bakwan yg sedap! syg kak tri!

tp sempat mkn satu je… sbb nk g restoran atta.. nk tlg2….

tp, kak tri ade bungkuskan sikit dlm tupperware.. die soh goreng makan kat cyber nanti…. yesza!

huhuhu… knapa masa bergerak sgt pantas? tup tap, aku kat cyber skang….

memeningkan kepala menyiapkan SCTL n Lab Report.

hurm…. xpe2… chaiyork2 anis!!!

k, that’s all…. bye… salam…

p/s: xde langsung xtvt blaja yg tersenarai dlm aktiviti hujung minggu… atoi! sbb tu la atta ngamuk! :(

:: sorry, xde gambo, tenet slow sikit, susah nk upload ::

 

Permalink Leave a Comment

Alhamdulillah….

January 21, 2010 at 10:04 (:::: PeRsOnAL LiFe ::::)

 

 waaaaaaa….. bersyukur sgt….

mende yg ditunggu2 telah selesai…..

kurang 1 beban…..

esok ade weekly assessment…

insyaallah, dpt jwb ngan tenang sok….

tambah2 plak, sok nak balik sban terus after assessment….

yahuuuuuuuuu!!!!!!

balik umah mmg sgt sgt membahagiakan…

ade gak mmbr tnye, nape suke sgt blk umah…

kan best lepak kat sini, lagi best… leh tido, leh jalan2…..

hahaha… sorry beb, for me, istilah lepak hanya ngan family…..

istilah jalan2 hanya berkuat kuasa bile ngan family…..

bkn nk ckp apa, but it’s da way my parents guide me since i’m small…

anis pon da terbiasa mcm tu….. xsyok kuar ngan kwn2… sorry kengkawan… :)

belum blk lg, da ade plan berderet2 nak wat pe kat umah….

1) teman mak g hospital….

2) ajak mak g mkn sundae chocolate kat mcd…

3) soh kak tri watkan bakwan.. :)

and da list goes on… xkan nk cite sume kot… xbest ler! :P

2 weeks yg lps, g jejalan ngan parents, n adik2 n aunty g planaterium n muzium negara….

sesaje ajak mak cik (dr India) jenjalan sini….

ni ade bbrp gambar yg sempat dimemorikan di dalam hp ku yg cumel~~

Depan Muzium negara... :P

atta n ain... with words ' xkan melayu hilang di dunia.. '

Cinema, Mira n Mum... :)

Muka kepenatan~~ 

time to boarding.. :P

hahaha… w/pun sekejap dan memenatkan, namun tersgt best….

sbb dpt jenjalan bersama2…

tp cian hero2 rumah kami sbb kne tinggal….

nk wat camne, xde org nak jaga restaurant…

xpe, atta ade ckp, klo anis dapat pinjaman MARA, nk g mines wonderland reramai….

huhu… plz pray for me k….

da xnk susahkan parents da…. cian dorg… :(

 lor, da byk membebel rupenye….

’sudah2 la tuh anis oi! esok ASSESSMENT lar… g study…. ade 3 topic blm cover lg tuh!’

byknye nk study lg!

 

huhuhu…. doakan sy dapat A+

k, c u in next n3….

bye… salam…

 

Permalink Leave a Comment

thanx!

January 18, 2010 at 06:40 (:::: PeRsOnAL LiFe ::::)

salam….

hurm.. hari yg kurang menyenangkan…

semua result kuar ari nih! knapa dan knapa dan knapa?!

pagi2 da stress, da tension… :X

anis, never-ever-ever-give-up !

failures teach me to work hard  for becoming block!

so, anis, plz excel for microb!

pull ur prob behind n plz move forward!

and…..

remember anis, your family are besides u!

last but not least,

dikesempatan ini,

i want to thank  people for creating PROBLEM n if POSSIBLE, plz create much more n worst PROBLEM k… :)

adios….. salam….

p/s : do pray for my success k!

Permalink Leave a Comment

Macam2… :) :( :X

January 17, 2010 at 14:32 (:::: MeMySeLf N fReNz ::::)

 

salam….

hari tuh (xingat tarikh), anis blk padang, indonesia

nak bawa balik barang2 yg masih tertinggal kat situ….

tp, anis pergi pagi n balik petang tu jugak….

atta anis xkasi tinggal situ… :P

so, sempat jugak jumpe DuDe~~

ni gambar yg sempat kami ambil…

Me & HaPpY yg sentiasa HAPPY.. ^-^

Me & HaPpY yg sentiasa HAPPY… ^-^

Vi & MeL… RaTu bErGaMbAr… :P

KaMi b’6 Yg CuTe2~~

Thanx DuDe… u all hav done much for me….

Thanx for visit me at this house…

rumah kami yg sebelah kanan.. yg pintu terbukak~~

rumah ni byk kenangan….

kenangan anis, sufi and ain…

kami byk buat mende bersama2….

buat langsir, msk mende sedap2….

merajuk2… klo merajuk, msti sufi yg bek dlu….

rindu dgn aktiviti yg anis n sufi slalu wat sesame….

tanpa sebarang masalah… rindu~~

but, ape leh wat.. segala2nya berubah

ramai kate anis da berubah….

mmg anis berubah… anis akui…

anis berubah dgn menjauhi org2 yg mungkin anis akan susahkan….

anis xnk susahkan org….

so, kepada sesapa yg rase anis da berubah, doakan anis je k….

i’m doing my best to puaskan hati org.. utk gembirakan org…. utk xmenyusahkan org…

I know, ALLAH always with me.. :)

byk yg anis da merepek nih…..

so, lastly, accept me as who i am….

hayati ayat2 di bawah….

that’s all for now…..

bye… salam…

Permalink 2 Comments

bz tp busan…

January 17, 2010 at 13:27 (:::: PeRsOnAL LiFe ::::)

salam….

hurm… skang da msk block microbiology….

ade gak dgr pendapat block ni senang sbb kne hafal je…

tp anis xsetuju!!!

mayb snang sbb kne hafal je…

but, kami xdiberi guideline yg jelas psl syllabus…

so, camne? hurm….

lupekan psl microb yg membosankan….

smalam (16/01/2010) ade sport carnival….

disebabkan xmenyumbang pape kat rumah sukan, so anis decide nk g sport carnival…

tp xleh blk umah weekend ni (nsb bek mak da dtg tgk ari jumaat… lurf u mum!)

anis msk jogathon… penat weh!

w/pun jarak die xsejauh time sekolah ari tuh, tp sbb malas da lame xbersukan, jd anis sgt penat!

balik umah, tido… bgn tido trus sakit2 bdn, muka da pedih2..

smpai hari ahad xilang sakit die!

xpe la, nsb bek umah merah (heart) menang.. so, berbaloi gak r…. :P

btw,

18/12/2009 ari tuh, wedding anniversary parents

kami, anak2 mereka, beli kek n buat card….

gambar kek xsempat amik….

ni card yg kami buat. (seBESAR manila card… :P )

hahaha….

ade gak sesi suap-menyuap….

sronok… potong2 kek… pastu kuar makan…. besh2….

lastly,

that’s all…

c u in next n3….

bye… salam…

Permalink Leave a Comment

Muslim College Life: Dating, Drinking and Deen???

December 27, 2009 at 16:20 (:::: iSLaM iS My WaY ::::)

Salam….

not much to say….

juz copy and paste… :P

juz read it and may it helps u in wateva ways…

Freedom.

Young people live for the day when they can move out of the house and go to college and finally be free. Freedom from their parents, from restrictions on their lifestyle, from everyone telling them what to do.

This is why in college you find a whole generation that does what they want. Life’s short they say, let’s enjoy ourselves while we can.

So it goes for Muslims. In college you find the most amazing things, Muslims who don’t pray, Muslims who date , go out to parties and drink.
Why is this happening?

For one, when students go off to university they finally realize that what they believed in was blind. Religion becomes like a fairytale, when they got old enough, they knew better than to believe in it.

Most have little knowledge about Islam and have maybe memorized the right rituals to get by. Why believe something on faith, they ask. After all we cannot see heaven or hell. How do we know Islam is right anyway?

Islamic culture to them means marrying someone they never knew. It means arranged marriages and never hanging out or having fun.

For girls Islamic culture has even less to offer. It would mean double standards or having to serve a husband the rest of her life.

The western alternative to this looks alot more attractive.

In western culture “love and romance” are supposedly everywhere. Everyone is out looking for love freely. Meeting someone, going out, seeking pleasure sounds alot better.

But what about the downside? For love at first sight, you need to have the right image, the right hair, the right clothes.

Girls have to aspire to be like the latest supermodels, they have to hold back age. Who’s going out with who, what are my friends thinking, what will happen if I don’t get the right girl or guy, what is my girlfriend or boyfriend thinking, all become important.

Frustration, desperation, and unhappiness become the norm.

Imagine all the heartache youth would save if they followed the Islamic alternative.

In true Islam, unlike culture, there is no game playing. If two people wish to be involved they are both straight with one another.

Unlike what goes on today amongst some Muslims, they both meet each other and make a contract to marry. Women are treated with respect, there is no sexual bombardment like there is in western society. Sex in western culture is also often seen as a vice or a sin of the flesh. But even in religious Islam, sex is seen as natural. As long as it is in the right circumstances, when the two are committed to one another in marriage.

Drinking in college is also the norm unfortunately. If you don’t drink or party you’re seen as weird. Drinking is cool and a way for people to socialize, meet and have fun. The one who doesn’t is less of a person and ‘misses out’. Drinking and all the harms that come with it is cut off at the root in Islam. So many problems are avoided, accidents, pregnancy, violence and even rape for example.

In college and in the world, success in life is not seen in terms of religion. It is seen as what other people think, one’s careers, how much money they make. If you are religious you must have failed at life. But why do we have this seperation? and this blindness in religion?

The Quran tells us again and again not to have blind faith, not to follow the religion of our forefathers.

Yet, we as Muslims have stopped thinking. We may think about what our friends or other people will say, but we avoid thinking about the real issues.

We spend so much time on the opposite sex, thinking about careers, money etc, but we forget to think about death and how much of this we will really be able to take with us?

“Every soul shall have a taste of death and only on the Day of Judgement shall you be paid your full recompense…for the life of this world is but goods and chattels of deception”
(Quran 3:185)

Shouldn’t we take the time to contemplate what will happen to us after we hit the grave? After all, what is the point of life if we are not accountable for our actions? If there is no creator, what is the point of being honest or good.

If we really look at our life we see that everything is indefinate, getting a job, even living until tomorrow. In fact we could die anytime, this is a definate, the _only_ dead certain thing in our life.

Most of us believe we can make up for our actions later or we can be religious later.

We are gambling.

The chances of our dying today are little, but the stakes are high. Allah reminds us of the importance of this,

“O you who believe, obey Allah as he should be obeyed, and die not except in a state of Islam” (Qu’ran 3:102)

Each of us needs to decide.

On the Day of Judgment it will be us alone who will be asked about our actions.

“Verily We have revealed the Book to thee in truth, for (instructing) mankind. He, then that receives guidance benefits his own soul: but he that strays injurs his own soul…”
(Quran 39:41)

This is the true definition of freedom. To learn about Islam and the world openly. To contemplate about life and death. And after learning the truth, obeying the word of God.

“Those on whom knowledge has been bestowed may learn that the (Quran) is the truth from your Lord, and that they believe therein, and their hearts may be made humbly (open)to it…”
(Quran 22:54)

Once students have this rock-solid intellectual belief in Islam, the corruptness and falseness of the people around them is clear. The beauty and wisdom of the islamic way, the best alternative is clear. What others do is of less importance. If others think they were weird to pray or weird to be honest, they would still pray and still be honest because they know their deen.

Our Quran’s are left on the top shelves, gathering dust. Sometimes the most it is read is when someone dies. How is this to help, when the guidance comes too late. The Quran is for the living. The path to understanding and following Islam comes from learning first.

How many of us are Muslim, yet have never read the Quran in our native language?

How many of us are Muslim, yet have yet to open a book on hadith or sunnah?

How many of us defend Islam to non-Muslims, but do not follow it ourselves?

May Allah forgive and lead us and all those lost to the straight path.

InshaAllah.

Ameen.

By Huma Ahmad
based on a talk by Abdul Wajid “Born to be Brown”, UK

Permalink 6 Comments

Bubar DuDe~~

December 10, 2009 at 09:37 (:::: MeMySeLf N fReNz ::::)

Salam….

Gambar ni da lame nk upload, tp tiada kesempatan…

so, dikesempatan yg ada, anis nk upload gambar2 nih….

ni gambar2 time kteorg bubar dude ( buka bareng kelompok dua delapan)

I’ll miz them so much…..

They r so sweet, kind, helpful and most important thing is understanding….

I think, they can’t b replaced by anyone else….

i won't forget u all guyz... Insyaallah...

hahaha...

hope u guyz never forget me….

keep in touch k….. luv u all sooooo much… :P

we used to do this b4...

That’s all…

bye…

salam…

Permalink 5 Comments

Setelah sekian lama menghilang….

December 10, 2009 at 09:23 (:::: PeRsOnAL LiFe ::::)

 

 

Salam….

Setelah sekian lama ( lebih 7 bln) tidak menulis, Alhamdulillah, hari ni baru ada mood dan kesempatan utk mencoret…

Setelah kejadian gempa di Padang pada 30 September lepas, anis da transfer blaja ke IPTS dalam negara…

CUCMS… Cyberjaya….

Jumpa ramai kwn, dengan bermacam gelagat ( xlupa gak kwn2 dr UNAND yg msk CUCMS gak… )

Kelas bertambah banyak, assignment xusik lg…. hujung minggu ni ada assessment….

Masa utk diri sendri semakin sedikit….

Klo dulu di Padang, sempat lg nk tgk muvie…. sempat lg nk melalak, sempat lg nk wat resepi baru….

sempat lg lepak2 kat tepi laut, sempat lg hu ha…

Tepi Laut....

MIFAN

kat sini, semuanya kne disiapkan dalam waktu yg ditetapkan….

kelas dr pg smpai ptg…. evry week ada assessment…. then, xkire lg kne ganti 2 stengah blok….

hidup makin bz… br merasa sperti student Medic yg bz…. yg sibuk…..

bLaja2...

But the best part is, leh balik umah tetiap minggu… best2…. xde r homesick2 lg…. :)

suke2~~

okep, that’s all for this entry… c u in another entry k….

salam…..

p/s: in unstable emotional~~

Permalink 5 Comments

Next page »