RSS

Daily Archives: January 29, 2012

Sangka~

Manusia hari ini suka bersangka sangka…

ada sangkaan baik,….

ada sangkaan buruk….

Orang beribadah disangka riak,

orang yg relax disangka malas,

orang berpakaian baru disangka menunjuk,

orang yg berpakaian buruk disangka menghina,

orang makan banyka disangka pelahap,

orang makan sikit disangka diet

Orang berperanga baik disangka buruk,

orang berperangai buruk disangka baik…

orang yg senyum disangka mengejek,

mana tahu, yg senyum itu kerana bersedekah….

orang yg masam disangka merajuk,

mana tahu yg masam itu kerana mengenang dosa….

orang yg berbincang disangka mengumpat,

mana tahu yg berbincang itu memberi pendapat…

orang yg diam disangka menyendiri,

mana tahu yg diam itu kerana beribadah….

orang yg menawan disangka menggoda,

mana tahu yg menawan itu bersih wataknya….

orang yg ceria disangka mengada,

mana tahu yg ceria itu cerdas mindanya….

Orang yg bertanya disangka menyibuk,

mana tahu yg bertanya itu prihatin orangnya…..

Sesuatu perkara yg dilihat, jangan suka sangka2…

sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa….

kerap sangka-sangka mengundang celaka…

jangan terlalu bersangka-sangka…

jauhi sikap suka sangka-sangka…

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.