Valentine’s day?

 
 
Valentine day?
 
hah… semua org even budak kecik pon tahu valentine day = hari kekasih…
 
hari di mana, si girlfriend, xsabar2 menunggu kata2 manis, sejambak bunga dan hadiah…
 
hari di mana, si boyfriend dok pening kepala, pikir mana nk bek gf die g makan, nk beli
 
hadiah apa, warna apa, pukul brapa… sume la!
 
tp kan, what’s da point sambut valentine’s day ni?
 
malah, ni bkn hari yg sepatutnye kite gembira, sbb ia juga merupakan……
 
HARI KEJATUHAN ISLAM DI SEPANYOL!!
 
klo xcaya, meh tgk artikel yg anis amik dr www.iluvislam.com
 
 
Sambutlah Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol

 

Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.
 

“Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…”
 

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan “supercalis” bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis “From your Valentine”.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol…

 

 

*Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd. Khafidz. *

so, apa lagi? xyah dok pening kpala nk kasi apa….

print artikel ni, n kasi kat ur gf/bf….

klo die xphm gak, pandai2 anda la ye!

adios, bye…. salam……

p/s : mcm xtahu malu n bodoh plak nak sambut Valentine’s Day sdgkan anda sepatutnye sedih, bukan gembira!

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s