Sya’aban, bulan memperbaiki diri~~

Sedar xsedar, sekarang kita da kat bulan Sya’aban..
Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Cahaya.
Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban. Sabda baginda: “Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”


Sabda Rasulullah s.a.w: “Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.”

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.”

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dipermudahkan Allah s.w.t ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Sya’aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (Dari kitab Al-Barakah).


Sabda Rasulullah s.a.w: “Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya” Sabda baginda lagi: “Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.”

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.DariYahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni-p) kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (batu api-p), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi. dan Al-Baihaqi.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) : “(Hendaklah-p)berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuhadan Solat Witirsebelum tidur”. Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.

Rasulullah bersabda :

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah ke atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan dari huru hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis dan Khamis terakhir pada bulan Sya’aban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

SELAMAT BERAMAL~~🙂



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s