Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Hari ni nk share psl tekanan darah tinggi atau bhs perubatannya, Hypertension….

info ni da lame ada dlm laptop…  my mum suka kumpul article about diseases…

so, anaknya ni la yg slalu tlg gather in4 dr tenet n print out for her…

ok, spt yg kita tahu, tekanan darah tinggi ni penyakit biasa yg dihadapi oleh masyarakat Malaysia kita….

jadi, sebaiknya, kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang penyakit ni..

ok, firstly,

Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Alat pengukur tekanan darah (sphygmomanometer)

Mercury Sphygmomanometer... Digunakan bersama Stethoscope..

Alat diatas ni digunakan secara manual dan biasanya digunakan oleh doctor..

Digital Sphygmomanometer...

Alat kat atas ni pulak sesuai utk digunakan di rumah kerana tidak memerlukan stethoscope dan mudah!

Tekanan Darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 140 / 90 mmHg.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Faktor menyebabkan Tekanan Darah Tinggi


Klasifikasi Tekanan Darah Tinggi

Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang.

Memastikan tekanan darah optima

a) memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda

b) tidak merokok – narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran darah halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda

c) kurangkan pengambilan garam – garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi

d) kurangkan lemak – lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang

e) kekalkan berat badan unggul

f) bersenam secara berkala

g) elakkan pengambilan alkohol

    Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-

    a) Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.

    b) Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.

    c) Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.

      Pencegahan

      Pencegahan adalah langkah terbaik untuk mengawal tekanan darah tinggi. Berikut adalah beberapa petua yang penting untuk anda :

      a) Kekalkan berat badan anda


      Anda perlu mengawal berat badan ke tahap yang ideal. Ini ialah kerana pertambahan berat badan berlebihan ia akan meningkatkan tekanan darah. Jadi, sekiranya anda memiliki berat badan yg berlebih, berusahalah menurunkannya dan mendapatkan julat berat badan yang ideal dan kekalkannya buat selama-lamanya.

      Cara utk mengira BMI (Body Mass Index) :


      b) Amalkan tabiat makan yang baik


      Tabiat makan yang baik akan mengurangkan risiko terhadap banyak penyakit termasuk tekanan darah tinggi

      Berikut ialah beberapa garis panduan yang perlu diikuti untuk mengamalkan tabiat makan yang baik.

      a) Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol.

      b) Berhati-hati dengan pengambilan gula dan garam

      c) Pelbagaikan makanan anda

        c) Amalkan Senaman


        Bersenam adalah baik kerana ia dapat menurunkan paras kolesterol darah dan dapat merendahkan tekanan darah. Senaman adalah apa juga bentuk aktiviti fizikal yang dijalankan secara berterusan selama sekurang-kurangnya 10 minit dan dapat meningkatkan denyutan nadi. Berikut adalah beberapa petua yang penting untuk melakukan senaman :

        d) Jangan merokok

        Merokok telah diketahui umum boleh merosakkan saluran udara dan paru-paru dan keseluruahn sistem penafasan. Ia juga mampu meningkatkan tekanan darah. Senarai di bawah adalah beberapa bahan kimia beracun yang merbahaya yang terdapat di dalam rokok yang dapat merosakkan saluran darah.

        • Nikotin (bahan kimia di dalam rokok) mampu mengecilkan saluran darah
        • Karbon monoksida boleh merosakkan pengalas saluran darah, dan boleh menyumbang kepada pembentukan arterosklerosis
        • Sebagai kesimpulan, merokok boleh mengeraskan arteri dan juga menyumbang kepada arterosklerosis.

        Prognosi/Complication

        Cara Kerja Rawatan utk Tekanan Darah Tinggi

        Itu je yg anis leh share for Hypertension….

        Smoga anda gunakan info ni sebaiknya…

        Lastly,

        INGAT!

        p/s : this info is not enough or incomplete for medical student usage… for further in4, click this links :

        http://www.medicinenet.com/high_blood_pressure/article.htm

        http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000468.htm

        http://www.msh.org.my/section.php?sid=2&pb=Normal

        http://www.sma.org.sg/smj/4501/4501a4.pdf

        http://www.texasheartinstitute.org/HIC/Topics/Cond/hbp.cfm


        3 Comments

        Leave a Reply

        Fill in your details below or click an icon to log in:

        WordPress.com Logo

        You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

        Twitter picture

        You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

        Facebook photo

        You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

        Google+ photo

        You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

        Connecting to %s