Miss Star (^-^)v

Salam….

Hari tu da cite psl miss moon…

so skang nk share psl miss star plak!

jom tgk beliau yg comel and cute tuh~~

This slideshow requires JavaScript.

Jom berkenalan dgn miss star nih!

Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang eletromagnetik, dan tenaga.

diffuse gaseous

Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.

nebula!

Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba, dan cahaya.

Kandungan kimia bintang dikenalpasti menggunakan peralatan spektroskop.

spektroskop

Apabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar bintang yang masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai bintang raksaksa merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akan membentuk superraksaksa merah. Super raksaksa merah ini kemudiannya membentuk Nova atau Super nova dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong gelap.


for other superb pictures, click link below :

http://hubblesite.org/gallery/album/star/npp/all/

tu je info yg anis sempat gather…

tulis byk2 pon, bkn fhm pon..😛

moga2 kita dapat menghayati dan mengagumi kebesaran ciptaan Allah ni~~

🙂


4 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s