Jom Senyum!

“Senyum tanda mesra senyum tanda sayang, senyumlah sedekah yang paling mudah, senyum di waktu susah tanda ketabahan, senyuman itu tanda keimanan”

Itulah lirik daripada petikan lagu senyum nyanyian kumpulan nasyid Raihan.

Kenapa kita perlu senyum? Senyuman ini sebenarnya perkara yang dituntut dalam Islam, malah kerajaan Malaysia juga turut menekankan senyum dalam kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Apa ada pada senyum?

Sebenarnya senyum dapat mengelakkan kita daripada pelbagai penyakit. Kira senyum ni macam ubatlah. Senyum dan ketawa dapat merangsang tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


Melalui beberapa kajian, saintis mendapati golongan dewasa mudah diserang penyakit daripada golongan kanak-kanak, ini adalah kerana kanak-kanak ketawa sebanyak 400 kali sehari berbanding dewasa yang hanya 15kali. Hmm.. bayangkan kalau kita ketawa hanya menggunakan 14 otot mukan berbanding 43 otot ketika mengerut dahi. Baik kita senyum daripada kerut dahi kalau ada masaalah. Senyum juga baik untuk pesakit darah tinggi. Senyum dapat merendahkan tekanan darah, menambah kemasukkan oksigen seterusya merangsan proses penyembuhan. Sebab tu lah orang yang sentiasa ceria jarang kita lihat sakit.


Senyum dan ketawa juga boleh membantu pejaran. Bagaimana? Senyuman membabitkan pergerakan diafragma, abdomen, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa mengurut organ dalam badan seterusnya merangsang kedua-dua belah otak bagi mudah mengingati dan menigkatkan keupayaan belajar. Tak elok kalau asyik stress ketika belajar. mudah dapat penyakit, ilmu pun tak masuk. Macam kata pepatah tu ‘yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran’, haa.. macamtulah. Kucing pun tak banyak dijangkiti penyakit sebab selalu senyum, tak macam khinzir, senang je kene virus. Hahaha..


Melalui senyumlah kita dapat mengeratkan silaturrahim. Kita memulakan pengenalan kita dengan senyum, menyambut tetamu dengan senyum, berkata-kata pun senyum. Bukankah ianya manis berbanding bermasam muka. Orang di sekeliling juga berasa tenang dan senang berad di sisi kita. Barulah kita akan disenangi. Rasulullah juga satu ketika dulu pernah bersabda, ”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”. (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). Jadi takkan menjadi masalah untuk kita senyum. Senyum itu sedekah, jadi, janganlah kekok atau kedekut untuk senyum. (“,).

so, apa lg?

JOM SENYUM…

🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s