Ovari dan wanita

Ovary adalah perkakas penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai dua tugas penting;

1. Mengeluarkan telor/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita.

2. Mengeluarkan hormon hormon ‘estrogen’ dan ‘progesterone’ yang penting untuk sifat sifat kewanitaan, kejelitaan dan kegharaihan seks. 

Berbagai penyakit boleh menimpa kilang ovary, kebanyakkan adalah ‘Cyst’ yang biasanya mengandungi air, lendir, darah kotor atau lemak. Dalam ‘Dermoid cyst’ diantara kandungan yang aneh ialah rambut, cartilage, gigi dan tulang.

Ada ‘cyst’ yang wujud secara sementara sahaja seperti ‘follicular cyst’ yang mengandungi air atau  ‘Corpus Luteal Cyst’ yang sering mengiringi peringkat awal kehamilan dan mengandungi darah dan lendir. Cyst tersebut biasanya tidak perlu dibedah dan boleh pecah secara spontan dan cecair diserap oleh badan.

Ketumbuhan atau ‘Tumour’ pada ovary merangkumi yang ‘benign’ atau bukan kanser dan yang ‘malignant’ iaitu jenis kanser.

TANDA-TANDA

1.    Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai.

2.    Gangguan dalam pusingan haid saperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.

3.    Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.

4.    Sakit senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.

5.    Perut membesar tanpa hamil.

6.    Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)

7.    Gangguan kencing atau air besar.

8.    Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.

RAWATAN DAN PENCEGAHAN

Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser ovari perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya. Memang sukar untuk mengesan peringkat awal Kanser Ovari.Satu-satunya cara untuk mengesan kanser adalah melalui pemeriksaan mikroskopik.

Kanser Ovari boleh diwarisi secara keturunan. Selalunya wanita yang  mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap Kanser Payudara atau Kanser Ovari mempunyai risiko tinggi untuk menghidapnya. Wanita yang mengambil ubat kesuburan juga dikatakan berisiko tinggi daripada mereka yang tidak mengambilnya.

Faktor lain yang menyumbang kepada mendapat penyakit ini termasuklah obesiti, usia dan diet pemakanan yang buruk. Kanser Ovari selalunya berlaku pada wanita yang menopous tetapi wanita lain juga berisiko.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s