Ahlan Wasahlan Ramadhan.. :)

Assalam… 🙂

tahun nih puasa sambil menganggur.. 😛

hehehe..

first time puasa bukan kt rumah atau hostel…

tp puasa kt rumah encik suami.. 🙂

dgn family encik suami…

pengalaman baru, cara baru…

best part is, g terawikh sesama….

slalu g dgn mak atta ain kerol kamarul mira….

tahun nih g berdua je….

tp xpe, blh je join terawikh dgn dieorg bila blk buka puasa kt sbn.. 🙂

mak, nak nasi lemak ayam! hehehe.. menu wajib 1st buka puasa slalu… 🙂

apa rutin harian org menganggur nih?

bgn pg, kejut encik suami utk g keje…

pastu solat subuh sama2… hantar encik suami g keje (hantar pkai mata je.. hehe…)

pastu tlg MIL masak, kemas2…

ptg pkl 5.30 encik suami sampai kt rumah…

lepak2 sikit…

makan2 sikit2…

mcm tuh la…

waktu free, baca novels, magazines, fb, insta, runningman… hehehe….

xpe, xbosan lg…

klo bosan, blh start bukak oxford, shirley ooi and sewaktu dengannya (poyo!)

hehe…

ok, slamat bersahur, slamat berpuasa n slamat berbuka puasa….

jom banyakkan amalam sunat (pahala berlipat ganda wooooo)

🙂

and oh! harinih birthday mira mirud cayang…

happy birthday kecik! may Allah bless u always….

may Allah grant all ur wishes.. amin~ 🙂

Advertisements

Abu ‘Ubaidah Bin Al-Jarrah

Td ada usrah…. mak cik cite psl Abu ‘Ubaidah Bin Al-Jarrah.. salah seorg sahabat yg dijanjikan syurga…

cuba baca sirah beliau.. mmg terbaik n harus dicontohi… bergetar hati time baca… 

“…..Setiap umat mempunyai pemegang amanah dan pemegang amanah umat ini ialah Abu ‘Ubaidah” 

(Hadis riwayat al-Tirmizi dan beliau menyatakan status hadis ini ialah Hasan Sahih).

Fizikal dan perwatakan

Nama sebenar beliau adalah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah al Fihri al. Abu ‘Ubaidah seorang yang memiliki wajah yang berseri, kacak, tinggi lampai, kurus dan berjambang nipis. Beliau mudah mesra yakni pandai berkawan, tawaduk dan pemalu. Namun di saat yang genting beliau bagaikan singa. Beliau disimpulkan sebagai mata pedang yang cantik, berkilau, tajam dan runcing.

Salah seorang sahabat telah menjelaskan perwatakan Abu ‘Ubaidah ini ; “Tiga lelaki Quraisy yang paling berseri wajah, paling baik akhlak dan paling teguh sifat malunya; Jika mereka berkata kepadamu, mereka tidak berdusta. Jika kamu berkata kepada mereka, mereka tidak akan mendustakannya. Mereka adalah Abu Bakar, ‘Uthman bin ‘Affan dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah”. Hal ini diperkatakan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar.

Muslim terawal

Abu ‘Ubaidah tergolong di dalam golongan yang paling awal memeluk Islam. Abu ‘Ubaidah memeluk Islam sehari selepas pengislaman Abu Bakar dan ini adalah hasil daripada dakwah Abu Bakar kepada Abu ‘Ubaidah.

Abu ‘Ubaidah bersama-sama ‘Abdul Rahman bin ‘Auf,’Uthman bin Maz’un dan al-Arqam bin Abi al-Arqam telah mengucapkan syahadah di hadapan Rasulullah.

Jadi Abu ‘Ubaidah adalah golongan yang bersama Rasulullah dari awal hingga akhir perjuangan mereka di Makkah. Seperti mana yang kita ketahui, pada waktu itu mereka ditimpa pelbagai seksaan disebabkan menganut agama yang dibawa oleh Nabi.

Perang Badar

Walaupun Abu ‘Ubaidah menghadapi pelbagai dugaan di Makkah, namun boleh dikatakan dugaan paling besar dihadapinya adalah ketika perang Badar dimana dugaan ini benar-benar malampaui jangkaan dan khayalannya.

Ketika peperangan itu, Abu ‘Ubaidah menyerang musuh dengan begitu hebat sekali dengan perwatakan pahlawan yang tidak takutkan mati. Perwatakan beliau telah menggerunkan tentera Musyrikin sehingga mengebabkan tentera berkuda mereka berwaspada apabila bertembung dengan beliau dan cuba mengelak daripada bertempur dengannya.

Dalam bilangan tentera Quraisy yang ramai itu, ada seorang yang benar-benar ingin bertempur dengan Abu ‘Ubaidah.  Dalam keadaan ini, Abu ‘Ubaidah pula yang cuba mengelak daripada bertempur dengan lelaki Quraisy tersebut. Setiap serangan oleh lelaki itu, Abu ‘Ubaidah mengelak dengan segera. Lelaki itu tidak berputus asa dan dia menyekat jalan Abu ‘Ubaidah dengan menghunuskan pedang kearah Abu ‘Ubaidah.

Kali ini tiada pilihan bagi Abu ‘Ubaidah untuk mengelak. Dalam keadaan terpaksa, dia menetak lelaki tersebut dan membuatkan badan lelaki itu tersungkur ke bumi. Lelaki yang jatuh menyembah bumi itu adalah ‘Abdullah bin al-Jarrah, ayah kepada Abu ‘Ubaidah.

Allah menurunkan firman-Nya terhadap tindakan nekad Abu ‘Ubaidah terhadap bapanya sendiri:

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. [Al Mujadila 58:22]

Perang Uhud

Kita semua tahu pada awal peperangan Uhud umat islam ‘tewas’ akibat tidak mendengar arahan daripada Rasulullah. Tentera Musyrikin semakin mengganas dan juru laung mereka berteriak “Tunjukkan saya mana Muhammad!!! Tunjukkan saya mana Muhammad!!!”

Pada saat itu, Abu ‘Ubaidah salah seorang sahabat yang melindungi Rasulullah. Mereka mempertahankan Nabi seolah-oleh dada dan tubuh mereka menjadi tembok dan banteng penghalang panah dan tombak musuh.

Apabila peperangan tamat, gigi kacip Rasulullah patah, kulit dahinya terkoyak dan dua mata rantai baju perisai Baginda terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu ‘Ubaidah berkata “Saya bersumpah kepadamu, biarlah saya yang mencabutnya.”

Lalu Abu Bakar berundur. Abu ‘Ubaidah bimbang jika dicabutnya mata rantai itu dengan tangan ia akan menyakitkan Rasulullah. Lalu beliau mencabutnya dengan gigi kacipnya. Beliau menggigit kuat mata rantai yang pertama dan mencabutnya dengan perlahan sehingga mata rantai itu tercabut dan mengakibatkan giginya lerai ke bumi. Abu ‘Ubaidah melakukan perkara yang sama untuk mencabut mata rantai yang kedua dan sekali lagi gigi kacipnya terlerai jatuh ke bumi.

Abu Bakar berkata “Abu ‘Ubaidah merupakan manusia rongak paling baik”

Seorang yang perkasa lagi amanah

Diceritakan oleh Muhammad bin Ja’far:

Rombongan Kristian dating mengahadap Rasulullah dan berkata ”Wahai Abu Qasim (gelaran kepada Rasulullah) utuskan bersama kami kalangan sahabatmu yang kamu berpuas hati dengannya. Agar beliau boleh menghakimi kami dalam kes-kes harta dan pertelingkahan kami. Lantaran pada kami, kamu orang Islam, merupakan golongan yang diredhai.”

Rasulullah bersabda “Datanglah bertemu saya pada petang ini. Saya akan utuskan bersama kamu seorang yang perkasa lagi amanah.”

‘Umar al-Khattob berkata “Saya bergegas awal untuk menunaikan sembahyang zohor. Sebenarnya saya tidak suka untuk menjawat jawatan. Namun pada hari tersebut saya berharap mahu menjadi leaki yang disifatkan Rasulullah itu. “

“Setelah Rasulullah selesai sembahyang zohor bersama-sama kami, Baginda memerhati ke kiri dan ke kanan. Saya menjengul-jengulkan diri saya agar Baginda melihat kea rah saya. Namun Rasulullah tetap meninjau-ninjau di kalangan kami sehiggalah Rasulullah melihat Abu ‘Ubaidah , lalu memanggilnya dan bersabda “ Pergilah bersama mereka. Adili mereka dengan benar dalam kes yang mereka perselisihi.”

“Sedikit terkilan kerana saya bukan lelaki yang dimaksudkan. Nampaknya Abu ‘Ubaidah telah berjaya memenangi keperibadian ini” Jelas ‘Umar.

Saat-saat akhir hidup beliau

Pada zaman Khalifah ‘Umar al-Khattob memerintah, Abu ‘Ubaidah diutuskan ke Syam untuk memimpin bala tentera Islam. Dengan Izin Allah tentera Islam dapat menawan seluruh bumi Syam. Ketika itu tentera Islam sampai ke tepi sungai Furat di sebelah timur dan Asia Minor di sebelah utara.

Dalam pada masa yang sama, Syam sedang dilanda wabak taun yang tidak pernah berlaku sebegitu teruk sebelum ini. Ramai nyawa yang terkorban akibat mengidap penyakit itu. Mendengar situasi tersebut, Khalifah menghantar utusan untuk bertemu Abu ‘Ubaidah dan di dalam perutusan itu Khalifah berkata “ Nampaknya saya mempunyai satu urusan yang amat memerlukan bantuan kamu. Saya tidak dapat menyelesaikannya tanpa kamu. Jika perutusan saya ini sampai kepadamu pada waktu malam, sebelum subuh hendaklah kamu berangkat bertemu saya. Jika perutusan ini sampai pada waktu siang, sebelum petang hendaklah kamu berangkat bertemu saya.”

Abu ‘Ubaidah berkata selepas membaca perutusan Khalifah “Saya tahu tujuan Amirul Mukminin terhadap saya. Beliau ingin saya terus hidup sedangkan tiada siapa yang boleh kekal hidup.”

“Wahai Amirul Mukminin, saya sedia maklum permintaanmu terhadap saya. Sesungguhnya saya merupakan sebahagian anggota tentera Islam. Oleh itu saya tidak ingin menjaga diri saya daripada bencana (taun) yang telah menimpa mereka. Saya tidak akan berpisah meninggalkan mereka sehingga Allah membuat keputusan-Nya untuk menyelamatkan saya dan mereka. Sama ada Dia mencabut nyawa atau menyelamatkan kami. Maka apabila surat ini sampai kepadamu, gugurkanlah tuntutanmu terhadap saya. Izinkan saya untuk terus kekal di sini.” Balas Abu ‘Ubaidah kepada utusan Khalifah.

Tatkala ‘Umar membaca surat tersebut, air mata beliau mengalir. Lalu para sahabat yang ada bersama beliau bertanya “ Apakah Abu ‘Ubaidah telah meninggal dunia wahai Amirul Mukminin?”

“Tidak, namun beliau hampir menemui kematian” jawab ‘Umar teresak-esak.

Jangkaan ‘Umar tidak meleset. Setelah beberapa ketika Abu ‘Ubaidah diserang penyakit taun. Sedang beliau nazak, beliau berpesan kepada tentera-tenteranya.

“Saya berpesan kepada kamu semua, jika kamu menerimanya, kamu akan sentiasa memperoleh kebajikan. Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedekahlah, tunaikan Haji dan Umrah, salinglah berpesan dan memberi nasihat kepada pemimpinmu. Jangan kamu memperdayakan mereka. Jangan kamu dilalaikan oleh dunia. Lantaran jika seseorang mampu hidup 1000 tahun, dia tetap akan menuju kematian seperti yang kamu lihat saya sekarang. Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan kematian kepada anak Adam. Oleh itu mereka pasti mati. Manusia yang paling bijak ialah mereka yang paling taat kepada Tuhannya dan paling banyak melakukan amalan sebagai persediaan untuk hari kebangkitan. Wassalamualaikum wa Rahmatullah.”

Kemudian Abu ‘Ubaidah berpaling kepada Mu’az bin Jabal “Wahai Mu’az, imamkan mereka.”

Apabila Abu ‘Ubaidah meninggal dunia, Mu’az pun bangun dan berucap “ Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan kematian lelaki ini. Demi Allah! Saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan merahmati kamu semua.”

Rujukan daripada tulisan Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
(copypastefrom:http://blog.sfadzli.com/?p=689)

AllahuAkbar.. Allah Maha Besar…

(byk keje sbnrnya, tp rasa tersgt nk update psl nih…)

pernah x rasa, mcm 24 jam tuh xpenah nk cukup?

rasa mcm ‘habislah, mlm nih aku xleh tido.. keje byk!!!!’

prasan x, bila kita byk keje mcm nih, solat pon laju2, baca Quran pon x menyempat?

hah…. tuh la mslhnya… rmai yg xsedar (kdg2 diri sendri pon xsdar… iman xcukup kental lg)

tp, pengalaman anis sendri, if we spare time utk benda berfaedah, despite keje yg melambak tuh, 

in sya Allah, Allah bg kita masa sbnrnya…

xfaham? meh bg contoh jap…

contohnya, esok kena hantar case write up, kne present case and ada group discussion mlm nih…

tp sbnrnya, ptg nih ada class Prof yg baik hati buat class utk student dia sbb exam nk dekat….

sdgkan class tuh xmsk dlm schedule keje dia pon….

serba salah klo xpegi… klo pegi, keje xsempat siap! gerenti la!

so, kebalkan hati, pegi jgk la class tuh dgn ikhlas….

dah penat2 blk, kelam kabut nk prepare for group discussion mlm nih, kwn call ckp xdpt nk buat group discussion..

sbb dia ada on call…

hah, nmpak x kat situ? mcm mana Allah tlg kita, bg kita masa….

sbb apa? sbb kita spare masa kita, hargai apa yg org buat utk kebaikan kita….

bg anis, bila benda2 nih jadi, kita kne reflect diri…

cari positive side dia…

kne berhenti mengeluh, kne tetap berjalan… bangkit dr jatuh…

sbb semua benda yg berlaku dlm hidup nih, Allah observe….

Allah x uji hamba-Nya melainkan apa yg hamba dia mampu tanggung…

so, think positive, keep moving! 🙂

(peringatan utk diri sendri jgk…)

ALLAHU AKBAR! ALLAH MAHA BESAR!

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Doa Rabitah…

penah x dgr doa rabitah?

doa nih utk pengikat hati…

contoh kita syg kt kwn2 kita, nk bg ukhwah tuh forever till jannah, leh amalkan doa nih…

sambil2 tutup mata, ingat kt org tuh…

also applicable utk adik beradik, saudara mara, pasangan dll….

Doa Rabitah jika diamalkan moga-moga menjadi pengikat hati,

menyatu padukan ikatan silatulrahim antara kita dengan kawan-kawan atau pasangan dalam ukhuwah,

agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah S.W.T.

in sya Allah.. amin~

2 3

kalau nk baca terjemahan je pon blh… 🙂

jom amalkan! 🙂

eh jap!

nk nyanyi pon blh… jom! 🙂

jom jom….

Kafarah Dosa…

semalam….

br je duduk kt kerusi (kerusi nih yg siap ada meja lipat tuh)…

letak tgn kt tpt rest hand tuh…

tetiba blh plak meja tuh jatuh atas tgn..

berdarah jgk la jari…

time tuh ada Prof A…

Prof ckp, ‘Alhamdulillah’…

terkejut sekejap… erk..

pastu Prof smbg blk, ‘Kafarah Dosa’…

haha.. siap Prof tny, ‘pain score brapa?’

‘8/10!’… sakit wooo… mengalir jgk ayak mata nih…

huhu..

apa yg dpt blaja, stiap benda yg berlaku, kita kne ambik in positive way..

Allah buat semua, bersebab, berhikmah….

so, Kafarah Dosa it is! 🙂

Apa tuh Kafarah Dosa?

meh bc kt bwh.. 😛

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat  memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan  ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

 sesungguhnya xkan diletakkan sesuatu dugaan ke atas kamu…melainkan DIA thu kamu mengatasinya dengan sabar dan penuh tabah…INSYAALLAH…

(source:nurcahayakasih-89.blogspot.com)

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR..

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA